CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 2, 2012

♥:: WeLcOme 2012 ::♥




ASSALAMMUALAIKUM.....

♥♥♥::- Selamat Datang 2012 -::♥♥♥

Wah!!! Diam Tak diam 2011 dah meninggalkan kite semua... Selamat tinggal 2011, Hope segala yang baik berlaku di 2011 akan terus ke tahun 2012, dan yang sebaliknya menjadi pengalaman dan pengajaran untuk ana... Ana akan tanamkan nya dalam 2011...


♥ AZAM ♥

Azam!!! nak cerita pasal azam, azam 2011 pun masih ada yg belum dapat dilaksanakan... apentah lagi 2012, tapi appe-ape pun azam 2012 still nk tunaikan azam 2011 yg masih xtertunai...Tapi Azam ana nak jadi yang terbaik dan paling baik dari 2011...

Sesetengah orang malam NEW YEAR banyak g Dataran, jalan2 tapi ana lain, Ana lagi suka dok umah jerk... Malam new year sibuk dok tgok konsert reunion AF akhir, best jugaklah, mana xnyer Dari AF1-AF9 semua ada... mcm2 transform yg diorg dah buat, sampai yg dah kawin & dah ada anak pun...kejap je kan masa berlalu.

Masuk 2012 ni genaplah umur ana 23 tahun 2 bulan 1 hari ana... Tua dah kan... tapi still belum masuk 24 lah walaupun tahun dah cukup 24...hehehe (xnk ngaku tua tu) lepas ni ana akan tinggal kan zaman remaja, dan msuk ke alam dewasa, start je kerja ana dah dewasa bukann lagi remaja...hahahahahaha... sedeynye rasa nk tinggalkan zaman remaja... mana tak sedey bnyak benda yg berlaku selama ana dalam alam REMAJA. Ana nk tinggalkan zaman remaja but ada jugak kawan2 ana dah masuk alam perkahwinan, menjadi seorg isteri & ibu... Tahniah kepada sahabat2 ana yang telah pun mendirikan masjid pada tahun 2011. semoga kalian menjadi isteri yang solehah dan ibu yang terbaik. Best tengok orang kawinkan.

Tipulah kalau ana pun tak ada rasa macam diorg nk mendirikan rumah tangga, tapi biarlah dahulu, yang ana tahu sekarang ana perlu ada kerjaya then balas jasa Ibu Ayah dahulu...
Nanti kalau dah berkahwin lagi banyak tanggungjawab yg nak dipikul, sebelum lebih banyak yang perlu dipikul baik ana tunai kan dahulu aper yg belum tertunai. Mak kata pperkahwinan ibarat satu pertarungan hidup... Kalau kite menang, pandai mengharungi nya insya ALLAH kita tak akan karam. Ana akan jadikan mak-ayah ana sebagai MENTOR apabila ana dah berkahwin nanti... bagi ana diorg MENTOR yang the best perkahwinan yang dibina selama 25 tahun. Ana berdoa ia akan berkekalan sehingga syurga nanti. AMIN.

Hidup kena diteruskan walau apepun rintangan yang datang menghalang, kiter jgn gentar menghadapinya kerana allah sentiasa bersama kita... pegalaman yang lepas dijadikan kenangan dan pengalaman untuk kita terus kehadapan, Yang baik kita bawa kehadapan yg sebaliknya kita tinggalkan jauh kebelakang tetapi sesekali kiter juga perlu toleh sedikit kebelakang.

Good Bye 2011 and WELCOME 2012

BYe...bye!!!

Assalammualaikum...w.b.t




No comments:

Post a Comment