CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Insan yang bernama FARHANA RASHIP

Gambar ni semasa ana study di Terengganu

Ini lah insan yang diberi nama Farhana Binti Raship
Farhana ertinya Kegembiraan, tulah ana ni gembira je selalu
Ana dilahirkan 04 Oktober 1988 hari ana pun tak tau
Tempat ana lahir best sangat tau, ana lahir kat umah di Fel
da Cahaya Baru Masai Johor
Masa tu mak tak nak pegi hospital atok mak kata, ja
di bersalinlah kat umah.
Ana anak 1st dari tiga adik beradik...
walaupun anak 1st tapi ana pompuan tungga
l..nak kata best, biasa-biasa aje...
Masa sekolah tadika ana bersekolah di T
ADIKA KEMAS Bakri Kem Muar
Darjah 1-3 ana sekolah kat Sek.Ren.Pari
t. Hj Zain Muar Johor
Sekolah sampai darjah 3 je, oleh sebab mak ayah ana kerja gover
ment jadi kami
selalu berpindah ran
dah.
Darjah 3 pertengahan tahun sehingga darjah 6 ana sekolah
kat Sek.Keb. Perempaun Bandar Kluang johor. sekolah ni semua perempaun tau tak ada lelaki pun.
Form 1-3 mak ayah ana masukkan ana Sek.Men.A
gama.Arab.Kluang Johor...



Nilah Sek.Men.Agama Arab Kluang
Banyak Kenangan

Banyak aku belajar erti Hidup & Islam disini...
Walaupun aku sekolah disini tak lama, hanya 3 tahun.. tapi bagi aku ini lah tempat paling best.
Sampai saat ni aku ingat kenangan terindah aku disana.
Masa awal2 mak & ayah nak masuk kan aku kat sekolah ni aku menangis sebab masa tu aku duduk asrama dan berjauhan dari keluarga.
Lepas dah masuk lama2 aku rasa seronok sangat.

ni antara gambar kenangan aku disana ASRAMA FASA 2

Ni antara Ustaz & Ustazah yang mengajar disana

Tetapi alangkah sedihnya, aku disana sampai tingakatan 3 je..
Tingakatan 4-5, aku belajar di Kuala lumpur, kerana mengikut family berpindah...



lambang Sek.Men.Bandar Tun Hussien Onn 2


ni gambar sekolah

NANTI SAMBUNG....Tunggu

Erti Cinta

CINTA KEPADA ALLAH

''Kalau dia berbicara, maka dengan Allah
Kalau dia berkata, maka tentang Allah
Kalau dia bergerak, maka dengan perintah Allah
Kalau dia diam, maka bersama Allah
Maka dia dengan Allah, milik Allah, dan bersama Allah."

MAKNA CINTA KEPADA ALLAH

Apa makna cinta pada Allah?

Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah

mencintai kekasih hatinya kerana Allah

bekerja kerana Allah,

menolong orang kerana Allah,

bersahabat kerana Allah,

menggembirakan seseorang kerana Allah,

berbakti kepada ibu bapa kerana Allah,

belajar kerana Allah,

berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti.

Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya.

Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu,

dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu.

Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.


Ini samalah seperti kita mahu mendapat perhatian orang yang kita cinta.

Apabila hati sudah suka pada seseorang, pasti Anda berhabis untuk mendapat perhatiannya, kan?

Anda beli hadiah, berkirim salam, mengutus surat cinta, meng’add’ dia di Facebook Anda, bertanya pada ID Twitter dia, bertanya apa nombor telefon dia supaya Anda boleh hantar sms padanya untuk menyatakan rasa cinta Anda padanya.


Untuk apa Anda sembahyang selain dari menunaikan suruhannya?

Untuk apa Anda bersolat selain dari menunaikan kewajipan?

Jawapannya:

Bersembahyanglah kerana Anda mahu menambah rasa ketakwaan pada Allah, supaya Allah sayang Anda, supaya Anda menonjol di kalangan hamba-hambanya yang lain. Rasa takwa adalah rasa apabila Anda mahu melakukan sesuatu kerana mahu mendapat perhatian Allah, bila sudah buat, Anda rasa cukup puas hati.

Bila Anda tolong orang dengan niat mahu menambah rasa takwa, kesannya Anda akan menolong sehabis baik didorong oleh fikiran positif sebab mahu melihat ornag yang Anda tolong itu jadi gembira menjalani kehidupannya. Anda berharap moga dengan kegembiraan yang orang tu perolehi, Allah melihat apa yang Anda lakukan lantas melihat Anda sebagai seorang yang layak untuk mendapat kasih sayangnya.


Apa petanda kasih sayang Allah?

Rezeki Anda dimurahkan, hidup Anda dibahagiakan, urusan Anda dipermudahkan, masalah Anda dikurangkan, pergaulan Anda diperluaskan. Semuanya jadi lancar sahaja.

Sunday, September 25, 2011

Hari Raya Di Johor








My LoveLy Family


Tibe-tibe terasa nak story about my family...
Family yang tiada pengantinya dunia akhirat ayah, mak & adik2 ana
Sayang sangat diorang, diorang sentiasa jadi tulang belakang ana untuk teruskan kehidupan sekarang dan kehidupan yang akan datang.
SAYANG u ALL ......



Cantikan!!!!!
Ni lah kami sekeluarga
Tak ramai, cuma 5 orang je...tapi ni dah teramat bahagia
Ni masa hari Raya ke-2 kami beraya di melaka
Tahun ni punya baju raya cukup2 meriah.



Inilah buah hati pengarang jantung ana
Ana dah hidup bersama dengan ayah & mak hampir 24 tahun
ayah & mak lah paling banyak bagi semangat ana untuk terus kehadapan.
Tanpa mereka berdua tak mungkin ana sekuat ini untuk mengharugi hidup.
SAYANG sangat Ayah & Mak....



Ni pulak Hero-Hero dalam keluarga ana
Tak sangka dah besar adik2 along
Yang samping Biru tu abg ngah - Fahmi
Yang sebelahnye pulak adik bongsu ana yang manje adik - Fadhli

Thursday, September 22, 2011

Ku sedar ku tak seberapa
Jika disbanding mereka
Yang jauh lebih megah
Dari diri ini

Apa yang mampu kuberhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk
Dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Perlukah aku merasakan
Kau peluk dalam dakapan
Eratkan berlindungmu
Jiwa rapuh ini

Saling bagiku memerlukan
Kehadiran sorang teman
Yang tulus mencurah kasih
Sepenuh hati.